Olimpik Tokyo 2020: Sukarelawan jalani sesi latihan secara maya

Astro Awani
April 11, 2021 08:44 MYT
Nobuyuki Iizuka (kanan) dari Agensi Anti-Doping Jepun bercakap kepada peserta ketika sesi latihan maya untuk sukarelawan di ibu pejabat Olimpik Tokyo 2020, Tokyo, Jepun, 10 April, 2021. REUTERS
AHLI Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 mengadakan sesi latihan secara maya buat sukarelawan yang bakal terlibat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.
Sukarelawan tersebut akan ditugaskan mengiringi atlet sepanjang sukan itu berlangsung, termasuk ketika menjalani proses ujian doping dan acara Paralimpik Tokyo.
Ini membuktikan pihak penganjur tidak mengambil ringan dengan situasi pandemik ketika ini dan tetap mencari alternatif terbaik dalam memastikan keselamatan semua pihak.
Sesi latihan secara dalam talian pada Sabtu itu adalah sesi awal sebelum bengkel secara bersemuka diadakan pada akhir bulan ini.
Pada Sabtu, tokyo merekodkan 570 kes baharu COVID-19.
Program suntukan vaksin di Jepun tetap diteruskan, meskipun dalam fasa yang perlahan berbanding negara lain.
Sebelum ini, Presiden Olimpik Tokyo 2020 Seiko Hashimoto menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan atlet negara itu bakal menerima vaksin lebih awal menjelang temasya sukan itu.
#Olimpik #COVID-19 #vaksin #pandemik #keselamatan #sukan #Tokyo #Jepun #sukarelawan #maya #dalam talian #atlet #Olimpik Tokyo 2020 #Paralimpik Tokyo 2020
;