Olimpik Tokyo 2020: Jawatankuasa penganjur beri jaminan keselamatan
Khairunnisa Kasnoon
Mac 22, 2021 04:12 MYT
Mac 22, 2021 04:12 MYT
PRESIDEN jawatankuasa penganjur Tokyo 2020, Seiko Hashimoto memaklumkan semua kemungkinan tindakan pencegahan COVID-19 akan dilaksanakan untuk memastikan relay obor Olimpik selamat.
Relay obor Olimpik Tokyo akan bermula Khamis ini dari wilayah Fukushima timur laut Jepun.
Ini merupakan ujian terbesar, empat bulan menjelang upacara pembukaan, dengan acara selama 121 hari, termasuk 10,000 pelari yang melintasi Jepun.
IOC dan penganjur tempatan harus mengubah pendapat umum mengenai penganjuran acara berprestij itu yang menyaksikan 80 peratus penduduk di Jepun mahu Olimpik dibatalkan atau ditangguhkan.
Sementara itu, dua skandal dalam beberapa minggu terakhir mengeruhkan lagi keadaan.
Presiden Jawatankuasa Penganjur, Yoshiro Mori, terpaksa mengundurkan diri selepas membuat komen yang memandang rendah terhadap wanita.
Minggu lalu, Pengarah Kreatif, Hiroshi Sasaki mengundurkan diri selepas didakwa menghina wanita bersaiz besar.