Olimpik Tokyo 2020: 850,000 penonton sertai pembukaan virtual

Astro Awani
Julai 21, 2021 11:40 MYT
Pengarah projek mahu menyatukan dunia melalui acara berprestij Sukan Olimpik Tokyo. - Astro AWANI/AP
BERBAKI dua hari sebelum upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Tokyo, kira-kira 850,000 orang mengambil bahagian untuk menonton dalam talian festival yang berlangsung di Stadium Olimpik maya.
Terdahulu, kanak-kanak dari seluruh dunia dijemput menghantar karya seni yang kemudiannya dipamerkan semasa acara itu berlangsung.
Pada asalnya, penganjur merancang untuk mengadakan festival 'wassai' itu di Stadium Olimpik sebenar, namun rancangan itu terpaksa dibatalkan susulan penularan pandemik.
Pengarah projek di bawah Jawatankuasa Penganjur Olimpik (IOC) Tokyo, Taro Nishimura memaklumkan, matlamatnya adalah untuk menyatukan dunia.
"Matlamat kami kali ini adalah untuk menyatukan dunia, walaupun hanya secara maya, kami mahu bawa semua orang untuk turut bersama kami.
"Jadi, walaupun anda tidak berada di sana secara peribadi, timbul rasa kebersatuan itu, itulah yang ingin kita capai, memandangkan acara sukan itu nanti tidak akan ada penonton," katanya.
Acara bertemakan kepelbagaian itu menampilkan persembahan langsung oleh penyanyi Aoi Yamada dan model Myu Ashihara.
Lebih daripada 2,000 ilustrasi kanak-kanak dihantar menjelang acara yang dianjurkan IOC Tokyo 2020 itu.
Olimpik Tokyo 2020 | 850,000 penonton sertai pembukaan virtual
#Sukan Olimpik Tokyo #Kanak-kanak #sukan #Olimpik #Tokyo #pandemik #dalam talian
;