Olimpik Rio: Cuaca tidak menentu cetus gusar skuad terjun

Astro Arena
Ogos 5, 2016 12:24 MYT
Jun Hoong (kanan) dan Pandelela sewaktu beraksi dalam satu kejohanan di Kuala Lumpur. - Gambar fail
Skuad terjun berdepan cabaran sebaik latihan bermula susulan keadaan cuaca yang tidak menentu di Rio sehingga mampu menggugat persiapan.
Keadaan cuaca yang kadang-kadang mendung dan panas mula mengganggu atlet terjun negara.
Malah senario ini mampu menentukan prestasi terjunan ketika di hari pertandingan.
Namun bagi Cheah Jun Hoong, setiap penerjun perlu menyesuaikan diri dengan cepat di samping mengganggap ia satu cabaran.
"Kami perlu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan cuaca kerana ia satu cabaran.
"Namun, bertanding di kolam terbuka memberi kami kelebihan kerana kami sudah biasa berlatih dalam situasi itu.
"Selagi tidak terlalu sejuk kami mampu lakukannya," jelas Jun Hoong yang menegaskan ia turut menjadi cabaran buat penerjun lain.
Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Ng Yan Yee akui mereka kini menjalankan latihan dengan sedikit bantuan.
"Kami menambah berat kerana angin agak kuat ketika ini," ujarnya.
#Cheah Jun Hoong #Olimpik Rio #Rio 2016 #skuad terjun negara
;