Olimpik Paris: 'Semangat Juara' nyanyian Faizal Tahir lagu rasmi kontinjen Malaysia

Astro Arena
Julai 19, 2024 11:00 MYT
Lagu 'Semangat Juara' nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, menjadi lagu rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Stadium Astro
LAGU 'Semangat Juara' nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, menjadi lagu rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Lagu itu didendangkan buat pertama kali hari ini menerusi laman media sosial Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.
Dalam pada itu, lagu tema filem GOLD 'Kita Pasti Boleh' dari Astro Shaw juga bakal menjadi pembakar semangat kontijen negara untuk mencapai misi meraih pingat emas pertama negara.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#olimpik paris 2024 #Semangat Juara #Faizal Tahir #agu rasmi kontinjen Malaysia