Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit

Astro Arena
Oktober 25, 2023 15:40 MYT
Johnathan layak ke temasya berkenaan selepas menduduki tempat keempat acara 10 meter air pistol dalam Kejohanan Menembak Dunia di Chanhgwon, Korea Selatan. - Foto Stadium Astro
PENEMBAK negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024, demikian disahkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.
Pakar acara pistol itu layak ke temasya berkenaan selepas menduduki tempat keempat acara 10 meter air pistol dalam Kejohanan Menembak Dunia di Chanhgwon, Korea Selatan.
Ia akan menjadi penampilan keduanya dalam temasya sukan terbesar dunia itu selepas melakukan penampilan pertama dalam edisi di Rio pada 2016.
Johnathan, 31, akan menyertai dua lagi atlet negara dalam senarai berkenaan, iaitu Bertrand Rhodict Lises daripada sukan terjun dan Nur Shazrin Latif daripada sukan pelayaran.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#penembak negara #johnathan wong #Sukan Olimpik Paris #ayak secara merit #Majlis Olimpik Malaysia
;