Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'

Astro Arena
Julai 27, 2024 17:36 MYT
Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya Olimpik pertamanya di Athens pada 2004. - Foto FB Lee Chong Wei
PEMILIK dua pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Bekas jaguh Badminton Siri Super itu mengakui situasi cemas berkenaan sampai menuntutnya memerlukan perhatian daripada ahli terapi kem Malaysia sebelum berdepan wakil Hong Kong dalam pusingan pertama, Ng Wei.
Namun apa yang menghairankannya, ahli terapi tersebut asyik menyebut nama Jason sehingga mengundang kehairanan Chong Wei, masakan tidak pegawai sukan tidak mengenali wakil negara dalam Sukan Olimpik.
"I tahu. Jason ialah nama saya, Saya pun cemas juga. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar.
"So, sebelum I motivate you, I motivate I sendiri dulu," kata ahli terapi itu seperti dikongsi Chong Wei di laman sosial.
Rupa-rupanya Jason adalah nama ahli terapi itu.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Lee Chong Wei #Jason #detik cemas
;