PASUKAN Great Britain (GB) merungut mengenai makanan yang disediakan di perkampungan Sukan Olimpik Paris bahawa tuan rumah menghidangkan daging mentah dan kekurangan bekalan makanan.

Disebabkan keadaan itu, mereka terpaksa membawa masuk tukang masak daripada restoran alternatif pilihan mereka untuk menyediakan juadah kegemaran mereka.

Sebagai sebahagian daripada perancangan mereka, Persatuan Olimpik British telah mengupah seluruh katering yang berpangkalan di Clichy -- pangkalan luar kem GB.

Dengan kemudahan itu, seluruh atlet mereka terpaksa ke Clichy untuk menikmati juadah yang disediakan oleh chef pakar yang dibawa khas oleh pasukan itu.

Bagaimanapun, pihak penganjur telah menyediakan makanan yang dihidangkan oleh chef bertaraf Michelin namun atlet mengadu terhadap kekurangan dan kualiti makanan.

Pasukan GB juga mendakwa makanan yang disediakan mempunyai kurang pilihan seperti, telur, ayam dan beberapa makanan berkarbohidrat.

Ketua Eksekutif Pasukan GB, Andy Anson mendedahkan beberapa atlet bertindak membawa pulang makanan dari Clichy walaupun 3,000 tempat duduk disediakan.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro