Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia
Astro Awani
Ogos 5, 2024 21:41 MYT
Ogos 5, 2024 21:41 MYT
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh dunia, memperoleh pingat gangsa setelah menumpaskan pemain nombor 14 dunia itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Permulaan perlawanan menyaksikan Zii Jia tumpas pada set pertama, namun berjaya bangkit selepas ketinggalan beberapa mata, untuk menewaskan Sen pada set kedua.
Bekas juara All England itu meneruskan momentum garang di set penentuan apabila menumpaskan lawannya pada set tersebut, sekali gus mengesahkan kemenangan untuk Malaysia.