Olimpik Paris 2024: Terima kasih atas segalanya - Nicol David
Astro Arena
Ogos 11, 2024 10:20 MYT
Ogos 11, 2024 10:20 MYT
BEKAS ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, menggesa semua rakyat Malaysia menyatakan solidariti memberikan sokongan penuh memberikan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin.
Ini selepas dia dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek di Velodrom Nasional Perancis, malam tadi.
Menerusi satu kenyataan dalam laman Instagramnya, bekas atlet negara itu tidak mahu orang ramai menyalahkan kesilapan yang dilakukan sebaliknya mengirimkan tanda positif selain memahami kekecewaan The Pocket Rocketman dalam temasya berprestij itu.
"Dalam masa 20 tahun, atlet berusia 36 tahun itu, sudah membanggakan Malaysia di persada dunia dengan pelbagai pencapaian tatkala turut berharap untuk memenangi pingat emas pertama negara dengan menghadapi pelbagai rintangan yang mengancam keselamatannya sebelum ini.
"Aksi Olimpik adalah segala-galanya buat Azizul, dia telah berusaha untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.
"Terima kasih atas perjuangan kamu dan berharap kamu akan sentiasa mengingati atas apa yang sudah dilakukan untuk Malaysia," katanya. - Stadium Astro