Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus langgar garisan biru, perlu ke repechage

Astro Arena
Ogos 10, 2024 16:14 MYT
Shah Firdaus akan menempuh pusingan repechage untuk merebut tempat ke suku akhir. - Stadium Astro
PELUMBA berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ketiga dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi tetapi keputusan itu tidak dikira.
Shah Firdaus menamatkan perlumbaan belakang jaguh Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul, dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk, yang mengungguli kedudukan dua teratas.
Bagaimanapun, dia didapati melanggar garisan biru sewaktu menuju kegarisan penamat, sekali gus keputusan itu tidak dikira.
Bagaimanapun, dia akan menempuh pusingan repechage untuk merebut tempat ke suku akhir.
BACA: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
#olimpik paris 2024 #Pelumba berbasikal trek #Shah Firdaus Sahrom #repechage #keirin