Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Astro Awani
Ogos 7, 2024 00:07 MYT
Ogos 7, 2024 00:07 MYT
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga acara pecut individu Sukan Olimpik Paris 2024.
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi dengan catatan masa 9.866 saat.
Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman dijadual bersaing dalam acara 1/8 pada jam 1.38 pagi waktu Malaysia.
Sementara itu, seorang lagi pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya ke pusingan 1/16 acara pecut individu.
Atlet berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan saringan ketiga repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Lithuania, Vasilijus Lendel.
Shah Firdaus terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.