Olimpik Paris 2024: Peninju India terketar-ketar, dua hari elak makan dan minum

Astro Arena
Ogos 7, 2024 14:51 MYT
Nikhat mendedahkan dia bergelut dengan kecergasan berikutan perlu mengekalkan berat badannya demi bertanding dalam kategori 50kg berbanding 52kg. - Stadium Astro
PENINJU wanita India, Nikhat Zareen dilihat terketar-ketar ketika dihulurkan minuman oleh jurulatihnya sebaik terpaksa akur dengan kehandalan pencabar dari China, Wu Yu, dalam saingan Sukan Olimpik Paris, awal pagi tadi.
Di sebalik hadir dengan reputasi sebagai calon juara, peninju itu berdepan laluan berliku ketika berdepan juara bertahan Sukan Asia tersebut yang lebih bertenaga.
Juara dunia 2022 dan 2023 itu kemudian mendedahkan dia bergelut dengan kecergasan berikutan perlu mengekalkan berat badannya demi bertanding dalam kategori 50kg berbanding 52kg.
"Saya tidak menjamah makanan sepanjang dua hari lalu. Saya perlu mengekalkan berat badan. Bahkan saya hanya minum air selepas sesi timbang berat badan jadi saya tidak mempunyai masa yang panjang untuk pemulihan memandangkan saya peninju pertama yang masuk ke gelanggang.
"Saya berterusan berlari selama sejam sejak dua hari lalu. Jika saya menang, usaha itu akan dihargai tetapi sekarang ia kedengaran hanyalah seperti alasan. Saya sudah berikan yang terbaik," katanya. -- Stadium Astro
*Tonton strim langsung di Astro, Astro GO, and sooka.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #peninju wanita India #Nikhat Zareen #tidak makan dan minum
;