Rentak awal beregu wanita negara itu tidak begitu menjadi apabila ketinggalan 3-7 dalam set pembukaaan sebelum tumbang 11-21 kepada nombor empat dunia dari Jepun itu di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Kepincangan itu berterusan tatkala harapan untuk menyaksikan Pearly-Thinaah menyusun aksi lebih kemas juga tidak terlaksana apabila pihak lawan mendahului 3-0.
Walaupun cuba merapatkan jurang di lewat pertarungan, namun ia sudah terlewat apabila Matsuyama merejamkan mata akhir ke badan Thinaah untuk kemenangan 11-21.