Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga ke separuh akhir

Astro Arena
Ogos 1, 2024 07:21 MYT
Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah selaku beregu wanita pertama negara untuk mara ke separuh akhir di pentas Sukan Olimpik. - Foto Bernama
BEREGU wanita kebangsaan, Pearly Tan-M Thinaah, mencipta sensasi apabila mengetepikan wakil Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong, pada saingan suku akhir Sukan Olimpik Paris sebentar tadi.
Percaturan awal di Arena Porte de La Chapelle itu membantu Pearly-Thinaah selesa mendahului set pertama 7-0 sebelum membenarkan pihak lawan memecah kebuntuan mata.
Namun, gandingan negara itu berjaya menawan set pertama dengan 21-12 dalam masa 17 minit.

#Olympics #Badminton | WD Quarterfinal#MAS Pearly Tan-M Thinaah def. #KOR Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12 21-13 *Our ladies make history by becoming the FIRST Malaysian women's doubles pair to reach the Olympic semifinals! #Paris2024#DemiMalaysia pic.twitter.com/ZZigA6guNn

— BAM (@BA_Malaysia) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
So-yeong/Hee-yong tidak memberi laluan mudah tetapi kedua-dua beregu saling bertukar mata dan ternyata Pearly-Thinaah yang berada dalam rentak terbaik mula menjarakkan diri selepas kedudukan 8-8 sebelum mendahului 11-8.
Penonton Malaysia sempat cemas apabila Pearly terpaksa menerima rawatan selepas mengadu kesakitan di bahagian hamstringnya di kedudukan 13-12.
Begitupun, jangkaan untuk melihat gandingan Malaysia mengendurkan langkah mereka meleset sama sekali apabila mereka mengutip lapan mata berturut-turut yang menyaksikan Pearly membenam bulu tangkis dengan satu rejaman kencang ke sebelah kiri untuk memutlakkan kemenangan mereka.
Mereka akan mengadakan pertemuan semula dengan wakil China, Chen Qingchen- Jia Yifan, tengah hari esok bagi melunaskan hajat ke perlawanan akhir.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #beregu wanita Malaysia #Pearly Tan-M Thinaah #mara ke separuh akhir