Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah jadi pilihan isi slot tambahan

Astro Arena
Jun 29, 2024 18:15 MYT
Nur Dhabitah akan bersaing dalam acara 3m papan anjal individu wanita selepas satu slot tambahan yang diberikan oleh Akuatik Dunia.- Stadium Astro
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) menyenaraikan Nur Dhabitah Sabri dalam Sukan Olimpik Paris 2024, dari 26 hingga 11 Ogos depan.
Nur Dhabitah akan bersaing dalam acara 3m papan anjal individu wanita selepas satu slot tambahan yang diberikan oleh Akuatik Dunia.
Sebelum pengesahan ini dibuat, MAS mendedahkan penerjun berusia 26 tahun itu sudah pun membuat persiapan awal sekalipun terlepas tiket merit berikutan kegagalan dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, Februari lalu.
Ini bermakna Bertrand Rhodict Lises yang akan beraksi dalam 10 meter (m) platform lelaki tidak lagi berseorangan, malah Pengarah Teknikal Terjun MAS, Bryan Nickson Lomas, berharap akan ada pertambahan slot lagi bagi beberapa acara.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Persekutuan Renang Malaysia #senaraikan #Nur Dhabitah Sabri #Sukan Olimpik Paris 2024
;