Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia lulus ujian pertama menuju emas

Astro Arena
Julai 28, 2024 18:21 MYT
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe hari ini. - Foto Bernama
PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia cemerlang mendominasi lawan dari Sri Lanka iaitu Viren Nettasinghe dalam aksi pertama kumpulan G yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle.
Pemain ketujuh dunia itu berjaya melakar kemenangan mudah ke atas pemain yang berada di kedudukan ke-70 dunia itu 21-14, 21-12 dalam tempoh 35 minit.

1st Match 1st Win

Lee Zii Jia mula langkah kanan di #SukanOlimpik #Paris2024 selepas menewaskan Pembawa Bendera Viren Nettasinghe. #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/uVBe2BCohF

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, Lee Zii Jia akan turun semula pada 31 Julai bagi menerima cabaran dari pemain Sepanyol, Pablo Abian bagi melengkapkan jadual dalam misi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Lee Zii Jia #aksi kumpulan G #persorangan badminton negara
;