Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan

Astro Arena
Jun 27, 2024 10:45 MYT
Menurut Shahidan (tengah), pemilihan tersebut sedang diteliti dengan lebih terperinci sebelum senarai akhir diputuskan.- Foto Bernama
TEKA-TEKI mengenai pemilihan tiket Universal ke Sukan Olimpik Paris 2024 masih menjadi tanya apabila Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
Menurut ahli Parlimen Arau itu, pemilihan tersebut sedang diteliti dengan lebih terperinci sebelum senarai akhir diputuskan.
Mengikut kepada persembahan semasa, kedua-dua atlet negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy mempunyai prestasi yang sangat baik dan akan mewakili negara terlebih dahulu ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya, Indonesia.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Kesatuan Olahraga Malaysia #kom #Sukan Olimpik Paris 2024 #Azeem Fahmi #Shereen Samson