Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi

Astro Arena
Ogos 3, 2024 11:23 MYT
Atlet negara, Muhd Azeem Fahmi ketika beraksi dalam acara 100 Meter Lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Stade De France hari ini. - Foto Bernama
PELARI muda negara, Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot dalam saringan kedua pusingan pertama acara 100 meter di Stade de France sebentar tadi.
Walapun menamatkan saringan pertama pusingan kelayakan dengan catatan 10.42 saat, dia tidak berjaya untuk memperbaiki catatan masa itu dalam saringan kedua apabila terpaksa akur dengan rekod masa 10.45 saat.
Begitupun, sebelum ini dia komited untuk terus memburu kelayakan secara merit dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 nanti.

Azeem luahkan perasaan kecewa selepas pusingan pertama tadi dengan catatan masa 10.46s sekaligus mengakhiri perjuangannya di Olimpik Paris @ASTROARENA #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/6AA6t4DiER

— Fariha Razak (@farihaarazak) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya minta maaf tidak dapat pamerkan aksi terbaik hari ini. Bukan keinginan saya untuk lari begini dan bukan keinginan saya juga untuk lalui musim yang teruk seperti ini.
"Untuk rakyat Malaysia, saya Azeem Fahmi mohon maaf. Ini adalah proses pembelajaran terbesar dalam hidup saya, tiada siapa yang hadir ke sini untuk kalah," kata Azeem Fahmi.
*Tonton strim langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro, Astro GO, and sooka
**Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Azeem Fahmi #tangga tercorot #acara 100 meter