Olimpik Paris 2024: Juara dunia gimnastik Jerman, Dauser akhiri kerjaya antarabangsa

Bernama
Ogos 5, 2024 06:10 MYT
Dauser menduduki tempat ketujuh dalam acara terbaiknya pada temasya Olimpik Paris. - Foto REUTERS
PARIS: Juara dunia palang sejajar Lukas Dauser dari Jerman berkata perlawanan akhir Olimpik pada Isnin adalah pertandingan antarabangsa terakhirnya.
Dauser menduduki tempat ketujuh dalam acara terbaiknya pada temasya Olimpik Paris, selepas mengalami kecederaan otot baru-baru ini yang menghalang prestasinya. Beliau memenangi gelaran dunia tahun lepas dan dipilih sebagai Atlet Lelaki Terbaik Jerman.
"Kita melihat Lukas Dauser beraksi di pentas antarabangsa buat kali terakhir hari ini - di Kejohanan Eropah, dunia dan Sukan Olimpik," lapor agensi berita Jerman dpa, seperti dinyatakan oleh Dauser yang berusia 31 tahun itu kepada Eurosport.
"Sepanjang minggu dan bulan yang lepas, saya telah membuat keputusan ini adalah pertandingan antarabangsa terakhir saya."
Dauser berkata dia akan melengkapkan musim domestik dan kemudian memutuskan sama ada untuk meneruskan kerjaya selama satu atau dua tahun lagi di Jerman.
-- BERNAMA
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Lukas Dauser #perlawanan akhir #palang sejajar
;