Olimpik Paris 2024: Imane Khelif laung 'Allahu Akbar' selepas mara ke separuh akhir

Astro Arena
Ogos 4, 2024 04:17 MYT
"Saya mahu memberitahu seluruh dunia bahawa saya seorang wanita, dan saya akan kekal sebagai seorang wanita," kata Imane.
ATLET yang berdepan kontroversi di Sukan Olimpik Paris 2024, Imane Khelif, berjaya memastikan pingat gangsa dalam genggaman kontinjen Algeria apabila melangkah ke separuh akhir acara tinju bawah 66 kilogram.
Khelife telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan menjadi salah satu pesaing yang paling hangat diperkatakan selepas lawan wanitanya, Angela Carini, menarik diri selepas 46 saat dalam pertarungan mereka di Sukan Olimpik musim panas ini.
Bertemu wakil Hungary di suku akhir, Anna Luca Hamori, Imane memastikan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara untuk melangkah ke separuh akhir.
Selepas tamat perlawanan Imane berkata kepada media, "Saya mendedikasikan pingat ini kepada dunia dan kepada semua orang Arab dan saya memberitahu anda, 'Hidup Algeria!'".
"Saya mahu memberitahu seluruh dunia bahawa saya seorang wanita, dan saya akan kekal sebagai seorang wanita," katanya.
"Saya telah bertinju selama bertahun-tahun dalam persatuan tinju antarabangsa yang bersikap tidak adil terhadap saya"
"Saya mempunyai Allah yang sentiasa bersama saya, Allahu Akbar!" - Stadium Astro

Imane Khelif après sa victoire face à Luca : " Je boxe depuis des années au sein de l'association internationale de boxe qui était injuste à mon égard " " J'ai Allah qui est avec moi, Allahou Akbar " Avant de quitter l'interview en larmespic.twitter.com/WJeeeLMYTY

— Chebli Ishaq (@IshaqChebli) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Imane Khelif #Imane Khelif wanita #tinju