Olimpik Paris 2024: Emas perseorangan lelaki milik Axelsen

Astro Awani
Ogos 5, 2024 15:56 MYT
Axelsen yang merupakan pilihan kedua menewaskan juara dunia Thailand itu yang juga pilihan kelapan kejohanan dalam riuh sokongan penonton di La Chapelle Arena. - Gambar AP/Kin Cheung
Pemain Denmark, Viktor Axelsen merangkul pingat emas Olimpik Paris 2024 selepas mengalahkan pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn dengan 21-11, 21-11 dalam tempoh 52 minit.
Axelsen yang merupakan pilihan kedua menewaskan juara dunia Thailand itu yang juga pilihan kelapan kejohanan dalam riuh sokongan penonton di La Chapelle Arena.
Ia kemenangan kali kedua Axelsen dalam mempertahankan emas Olimpik.
Sementara, perak yang diraih Vitidsarn merupakan pingat Olimpik pertama Thailand dalam sukan badminton.
#Thailand #Sukan Olimpik Paris 2024 #viktor axelsen #Denmark