PARIS: Pemegang rekod dunia dari Kenya, Beatrice Chebet berjaya mempertahankan kedudukannya dengan menewaskan atlet Itali, Nadia Battocletti bagi merangkul pingat emas dalam acara 10,000m wanita di Sukan Olimpik Paris pada Jumaat.

Chebet, mencatat masa 30 minit dan 43.25 saat, mengatasi Battocletti dengan perbezaan hanya satu persepuluh saat, lapor Xinhua.

Sementara itu, atlet Belanda, Sifan Hassan memenangi pingat gangsa dengan catatan masa 30:44.12.

"Saya sangat gembira kerana kemenangan ini tidak datang dengan mudah.

"Saya hanya percaya pada diri sendiri dan bertekad untuk mencapai kejayaan ini demi negara saya," katanya.

Kemenangan ini merupakan pingat emas kedua Chebet di Sukan Olimpik Paris, selepas beliau meraih emas dalam acara 5,000m sebelum ini.

-- BERNAMA