Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas

Astro Awani
Ogos 4, 2024 16:18 MYT
Beregu lelaki Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin berjaya mempertahankan pingat emas yang diraih mereka sebelum ini, di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam aksi final yang berlangsung pada malam Ahad di Porte de La Chapelle Arena. - Foto REUTERS
BEREGU lelaki Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin berjaya mempertahankan pingat emas yang diraih mereka sebelum ini, di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam aksi final yang berlangsung pada malam Ahad di Porte de La Chapelle Arena.
Mereka menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang, menerusi keputusan 21-17, 18-21, 21-19.
Pasangan nombor 12 dunia itu yang pernah memenangi pingat emas di temasya Olimpik Tokyo 2020, mendahului pada set pertama sebelum kecundang di set kedua.
Perlawanan diteruskan dengan aksi sengit, yang menyaksikan Lee Yang-Wang Chi-lin bangkit mengepikan saingan mereka dalam set penentuan, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Taiwan.
#olimpik paris 2024 #beregu lelaki Taiwan #pertahan emas #China #Lee Yang-Wang Chi-lin