Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin

Astro Arena
Ogos 11, 2024 01:15 MYT
Hamidin memaklumkan bahawa keseluruhan delegasi kontinjen Malaysia menerima keputusan tersebut dengan berat hati meskipun rayuan sudah dibuat. - Stadium Astro
KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, akur kepada ketua komisar dan wakil Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang mengekalkan keputusan menyingkirkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dalam pusingan pertama acara keirin.
Dia turut memaklumkan bahawa keseluruhan delegasi kontinjen Malaysia menerima keputusan tersebut dengan berat hati meskipun rayuan sudah dibuat.
"Kami akan memberi sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada The Pocket Rocketman.
"Pihak Institut Sukan Negara (ISN) juga akan menyediakan perkhidmatan dukungan penuh kepada atlet berusia 36 tahun itu yang berdepan dengan situasi sukar ini," katanya. - Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Azizulhasni Awang #Hamidin Mohd Amin #ISN