Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita

Bernama
Julai 28, 2024 01:45 MYT
Dibarisi Mollie O'Callaghan, Shayna Jack, Emma McKeon dan Meg Harris pasukan itu mencatatkan masa tiga minit 28.92 saat. - Foto AP
PARIS: Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Sabtu.
Dibarisi Mollie O'Callaghan, Shayna Jack, Emma McKeon dan Meg Harris pasukan itu mencatatkan masa tiga minit 28.92 saat, mengatasi rekod Olimpik sebelum ini iaitu 3:29.69 yang dicatatkan di Tokyo tiga tahun lepas, lapor Agensi Berita Xinhua.
Amerika Syarikat berada di tempat kedua dalam aksi di Paris La Defense Arena dengan catatan masa 3:30.20 dan China di tempat ketiga dengan 3:30.30.
Australia telah memenangi emas dalam acara itu pada empat daripada lima edisi Sukan Olimpik yang lepas.
-- BERNAMA
#Sukan Olimpik Paris 2024 #pingat emas #gaya bebas #Australia