Olimpik Paris 2024: Aksi terulung di semua platform Astro

Astro Awani
Julai 16, 2024 11:52 MYT
Saksikan detik-detik penuh emosi dan mendebarkan, kegemilangan dan aksi terunggul di pentas dunia di saluran khas yang disediakan di semua platform Astro. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bagi meraikan kegemilangan atlet negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD) termasuk 16 saluran dedikasi tambahan serta dua saluran eksklusif (Saluran 801 & 802HD) untuk Olimpik Paris, 2024 pada temasya yang akan membuka tirainya pada 24 Julai hingga 12 Ogos ini.

Ringkasan AI
  • Semua pelanggan Astro boleh menikmati 18 saluran dedikasi tambahan Paris 2024 dalam definisi tinggi (HD)
  • Semua pelanggan sooka boleh mengakses semua 18 saluran dedikasi tambahan, Paris 2024.
  • Pelanggan NJOI dan aktif Starter Pek boleh mengakses 12 saluran dedikasi tambahan, Paris 2024.
  • Semua peminat sukan Malaysia boleh menonton dan mengikuti perkembangan atlet negara dengan lebih dekat di Astro Arena.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, “Dengan liputan di pelbagai platform, Astro akan membawakan liputan komprehensif bersama tenaga kerja Astro yang juga akan terbang ke Paris bagi membawakan kehangatan, detik suka dan duka atlet negara di temasya sukan berprestij dunia ini nanti.
"Kami juga memahami setiap peminat mempunyai cara yang tersendiri untuk menikmati tontonan aksi terulung acara sukan di temasya ini nanti.
"Oleh itu, kami menawarkan pengalaman tontonan yang fleksibel di mana pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung melalui peranti pilihan dengan pelbagai kaedah langganan mengikut cita rasa tontonan anda,” katanya.
Liputan langsung dari wartawan lokasi dan juga liputan harian di studio
Antara acara sukan dan aksi yang akan menjadi tumpuan seperti Berbasikal, Badminton, Angkat Berat, Pelayaran, Terjun, Golf, Menembak dan Olahraga dan wartawan kami iaitu Azlan Mubin, Fariha Razak, Ahmed Shahrazad Sani dan Zulhelmi Zainal Azam akan berada di Paris bagi membawakan laporan terkini atlet yang akan mengalas cabaran negara nanti.
Sementara itu, barisan hos yang akan mewarnai dan menemani penonton di studio Astro nanti seperti Hafizal Hamad, Faiz Gurun, Alice Harun, Abang Botak, Keesh ‘Mat stats’ dan Lily Hamzah.
Antara program tambahan di Astro Arena seperti laporan berita di Nadi Arena setiap hari, termasuk juga sorotan dan rangkuman terbaik sepanjang temasya.
Program prarancangan iaitu Pentas Tumpuan Paris pula akan menjadi platform perbincangan untuk acara-acara sukan yang akan menjadi prospek emas bersama tetamu jemputan dan bekas atlet negara.
Jangan Lepaskan Aksi Terulung di Semua Platform Astro
Tidak kira di mana anda berada atau peranti apa yang anda gunakan, Astro akan memastikan anda tidak akan terlepas setiap aksi dan saingan acara sukan di Paris 2024.
Saksikan detik-detik penuh emosi dan mendebarkan, kegemilangan dan aksi terunggul di pentas dunia di saluran khas yang disediakan di semua platform Astro.
Astro: Semua pelanggan Astro akan mendapat akses percuma 16 saluran khas Paris 2024 dalam tontonan HD termasuk 6 saluran boleh ditontoni di Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (Saluran 801 dan 802) untuk ulasan dan liputan dalam Bahasa Malaysia.
sooka: Strim Paris 2024 dengan mana-mana pelan langganan sooka dari RM13.90 ke atas untuk 16 saluran khas yang boleh disaksikan di peranti pilihan. Untuk menonton aksi Paris 2024, dapatkan tawaran sooka Premium melalui tawaran istimewa web kami bermula dari RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan). Layari sooka.my untuk maklumat lanjut.
NJOI: Semua pelanggan aktif Starter Pek (kecuali Pek HD) akan mendapat akses percuma 10 saluran Paris 2024. Bagi bukan pelanggan Starter Pack pula, anda boleh melanggan Starter Pack pada harga serendah RM28.00 untuk 30 hari.
Berikan Sokongan Buat Wira-Wira Negara
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan atlet-atlet negara secara langsung menerusi liputan menyeluruh Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro.
Antara jagoan negara seperti Datuk Azizul Hasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Lee Zii Jia, Aaron Chia - Soh Wooi Yik, Nurdhabitah Sabri serta ramai lagi atlet negara yang akan berjuang untuk misi memburu emas pertama negara di Olimpik Paris 2024.
Ikuti Astro untuk liputan paling komprehensif Olimpik Paris 2024. Daftar Astro Baharu dengan harga serendah RM41.99/sebulan, diskaun 30%* dan pemasangan percuma.
Nikmati Astro Baharu #NewAstro – Hiburan lagi bermakna bersama keluarga tersayang. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Semarakkan sokongan dan semangat untuk atlet-atlet negara dengan hashtag #GoForGold and #SokongMalaysia.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #Astro penyiar rasmi #Sukan Olimpik Paris #Azizulhasni Awang