Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

Astro Awani
Ogos 4, 2024 14:14 MYT
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa buat Malaysia selepas menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. - Gambar fail/BERNAMA
BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Denmark itu dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.
Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menumpaskan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.
Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa.
#olimpik paris 2024 #gangsa #pingat pertama #beregu badminton #Aaron Chia-Soh Wooi Yik