Olimpik belum tamat, warna pingat gangsa dah mula pudar?

Gempak
Ogos 10, 2024 10:01 MYT
Nyjah Huston mengkritik kualiti pingat Olimpik Paris 2024 selepas pingatnya mula luntur.
SEORANG atlet papan selaju Sukan Olimpik Paris mengkritik kualiti pingat Paris 2024 selepas pingatnya mula luntur.
Atlet Amerika Syarikat, Nyjah Huston, mendedahkan bahawa seminggu selepas menduduki tempat ketiga dalam acara akhir papan selaju jalanan lelaki, pingat gangsanya kelihatan mula pudar dan hilang warna.
"Pingat Olimpik kelihatan hebat apabila ia masih baharu tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan-rakan memakainya pada hujung minggu, ia nampaknya tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan," katanya kepada pengikutnya di Instagram.
Sambil membalikkan pingat itu, dia berkata: "Malah bahagian depan mula merosot sedikit. Pingat Olimpik - mungkin perlu meningkatkan kualiti sedikit." -- Gempak
#atlet papan selaju #Sukan Olimpik Paris 2024 #nyjah huston #pingat gangsa pudar