Olahraga: Jackie pecah rekod Sukan SEA

Astro Arena
Ogos 23, 2017 16:57 MYT
Jackie melakar catatan 65.90 meter dalam percubaan keempat selepas mempamerkan balingan konsisten daripada percubaan pertama. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
ATLET baling tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer, melakar sejarah baru apabila berjaya memecah rekod Sukan SEA dan kebangsaan sekaligus meraih pingat emas di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Jackie melakar catatan 65.90 meter dalam percubaan keempat selepas mempamerkan balingan konsisten daripada percubaan pertama.
Atlet berusia 25 tahun itu berjaya memecahkan rekod milik Caleb John Stuart (Filipina), 65.63m yang dilakarnya di Singapura, dua tahun lalu.
Pingat perak menjadi milik atlet Thailand, Kittipong Boonmawan dengan catatan 65.49m sementara Ferrera Arniel dari Filipina membawa pulang gangsa dengan catatan 55.94m.
#baling tukul besi #Jackie Wong #KL2017 #Kuala Lumpur #Perak #pingat emas #Sukan SEA #Thailand
;