Olahraga GP Malaysia: Russel sumbang perak
Astro Arena
Mac 31, 2019 05:06 MYT
Mac 31, 2019 05:06 MYT
HARAPAN untuk menyaksikan wakil negara, Russel Alex Nasir Taib, mencipta kejutan serta memecahkan rekod kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan saingan akhir 200m di tempat kedua dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, malam tadi.
Russel memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 20.77 saat dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia, ketika memenangi pingat perak baru-baru ini.
Berdepan dengan enam lagi pelari, saingan hadir daripada dua pelari Taiwan, Tai Sheng Wei dan Shou Po Yeh.
Bermula baik dan berada di depan sehingga menuju 100m terakhir, Russel diberi tentangan sengit oleh Sheng Wei.
Dan menuju 50 meter terakhir, Russel tampak sudah keletihan dan ia memberi ruang kepada Sheng Wei untuk menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan 21.0s.
Russel terpaksa berpuas hati dengan perak apabila mencatat 21.12s manakala gangsa milik, Po Yeh.
Dalam acara 200m wanita yang menyaksikan hanya empat pelari mengambil bahagian, dua pelari utama negara,S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Ahmad juga gagal menghadirkan tentangan.
Acara itu dimenangi pemenang pingat emas 100m, Ana Bulonova dari Kyrgyzstan, dengan kepantasan 23.71s.
Perak milik Komalam dengan Siti Fatimah meraih gangsa.
Keputusan lain:
Lelaki:
1,500m
Emas: Musulman Dzholomanov (KGZ) 4 minit 00.13 saat
Perak: K. Prabudass (MAS) 4:03.11s
Gangsa: Vadim Levchenkov (KAZ) 4:04.07s
5,000m
Emas: Kartik Kumar (IND) 15:00.29s
Perak: Christopher Soosai (MAS) 16:07.01s
Gangsa: Gokhul Raj Balakrishnan (MAS) 16:51.63s
Wanita:
Lompat tinggi:
Emas: Tsai-Ching Jung (TPE) 1.78m
Perak: Kristina Ovchinnikova (KAZ) 1.75m (ocb)
Gangsa: Michelle Li (SGP) 1.75m
Lontar tukul besi:
Emas: Park Seojin (KOR) 59.52m
Perak: Hidayah Lukman (MAS) 50.34m
Gangsa: Fatin Nabihah Ibrahim (MAS) 43.87m
1,500m
Emas: Satarova Gulshanoi (KGZ) 4.33.09s
Perak: Rebi Pal (IND) 4:35.70s
Gangsa: Dimple Singh (IND) 4:37.45s