#OlaBola: Siapa kata perempuan tidak minat bola?
Syafique Shuib
Jun 12, 2014 14:44 MYT
Jun 12, 2014 14:44 MYT
Demam Piala Dunia 2014 kian hangat, dengan perlawanan pembukaan diantara Brazil dan Croatia akan berlangsung pada 4 pagi Jumaat.
Tuan rumah Brazil berkata temasya ini bakal catat tweet paling banyak, menenggelamkan 150 juta tweet yang dihantar semasa Olimpik London 2012.
Hashtags seperti #WorldCup, #WorldCup2014 dan #OlaBola sudah bermula menjadi trending di Malaysia, di mana ramai peminat bola tempatan tidak sabar dengan bermulanya kejohanan ini.
Mungkin ramai berfikir bahawa bola sepak adalah sukan untuk kaum lelaki, tetapi apa yang menarik adalah kaum wanita juga mengikuti perkembangan Piala Dunia 2014 dan kegembiraan mereka turut dikongsi di Twitter.
Nurul Huda Farah tulis, “Siapa cakap perempuan macam kami tidak minat bola? Kami pun ada juga pasukan yang kami minat.”
Beberapa pengguna Twitter wanita yang lain turut tidak sabar untuk bermulanya temasya Piala Dunia 2014:
Sementara itu, ramai sudah memberikan kata-kata semangat kepada pasukan pilihan mereka:
Untuk Piala Dunia kali ini, Twitter memperkenalkan tanda pagar #WorldCup dan #WorldCup2014.
Peminat bolasepak tanahair pula boleh gunakan tanda pagar #OlaBola dan memuat turun aplikasi iOS dan Android untuk Astro GO 2014 FIFA World Cup.