Obsesi PSG julang Liga Juara-Juara beri kesan kepada Leo Messi - Herrera

Astro Arena
Mei 21, 2023 08:30 MYT
Reaksi Messi ketika perlawanan Ligue 1 antara Paris St Germain dan Ajaccio di Parc des Princes, Paris, Perancis, 13 Mei, 2023. - Gambar fail REUTERS
LIONEL Messi telah menerima kesan 'obsesi' Paris Saint-Germain dengan memenangi Liga Juara-Juara, kata Ander Herrera.
Messi berpindah ke Parc des Princes pada 2021 dari Barcelona, dan membantu PSG mencapai kejayaan Ligue 1 pada musim pertamanya.
PSG berada di ambang untuk mengekalkan gelaran liga mereka, walaupun masa depan Messi di kelab itu masih belum pasti.
Messi tidak dapat membawa PSG lebih dekat ke matlamat utama mereka -- memenangi Liga Juara-Juara.
Terdahulu pada bulan Mei, Messi menjadi sasaran sebahagian daripada peminat kelab itu selepas dia digantung kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi.
Herrera, yang bermain bersama Messi musim lalu, melihat usaha dogmatik PSG memburu kejayaan Eropah sebagai isu utama.
"Saya mengagumi Leo sebelum saya mengenalinya, dan selepas mengenalinya, saya lebih mengaguminya sebagai pemain bola sepak dan sebagai seorang manusia," katanya.
"Saya faham bahawa Paris adalah tempat yang [tidak] mempunyai banyak kesabaran. Terdapat obsesi untuk memenangi Liga Juara-Juara yang tidak membantu.
"Saya fikir [mereka] adalah satu-satunya pasukan di dunia yang, jika [mereka] tidak memenangi Liga Juara-Juara, ia adalah satu kegagalan. Semua yang lain boleh [mempunyai] musim yang baik tanpa memenanginya].
"Di Paris, kesabaran dan ketenangan ini tidak wujud. Anda berasakan terdapat obsesi untuk memenangi Liga Juara-Juara, dan pada akhirnya, siapa yang menerima impaknya?
"[Ia adalah] mereka yang terbaik [dalam] pasukan. Merekalah yang menerima [kritikan]."
#Lionel Messi #PSG #Liga Juara-Juara #Ander Herrera
;