TOKYO: Tempoh penuh cabaran yang dilalui kesan ketidaktentuan pandemik COVID-19 membakar semangat penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri untuk memulakan saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Penerjun berusia 22 tahun dan rakannya Wendy Ng Yan Yee, 28, dijadual meneruskan cabaran skuad terjun negara dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita bermula esok.
Aksi di Pusat Akuatik Tokyo itu bakal menjadi penampilan keduanya di pentas Olimpik dan selepas berbulan menjalani latihan intensif di Bukit Jalil, Nur Dhabitah sudah tidak dapat menahan keterujaannya untuk beraksi.
"Berdebar tetapi pada masa sama saya sudah tidak sabar, sebab ia (persediaan ke Tokyo) sangat lama, jadi saya cuma mahu melakukannya," kata pemenang pingat perak dan dua gangsa di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang itu kepada Bernama.
Nur Dhabitah sebelum ini mengakui 'tertekan' selepas lama tidak berjumpa dan mempunyai masa berkualiti bersama keluarga susulan berada dalam gelembung sukan menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.
Bagaimanapun, juara Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu tetap bermotivasi tinggi, malah turut menetapkan sasaran peribadi untuk memenangi pingat Olimpik sulungnya di Tokyo.
Dengan sebarang pingat tidak berjaya dijelmakan kontinjen Malaysia setakat ini, Nur Dhabitah mempunyai peluang menjadi atlet negara pertama melakukannya jika berjaya menjejakkan kaki ke final pada Ahad.
Pada Sukan Olimpik Rio 2016, beliau berumur 17 tahun ketika itu, menamatkan final acara 10m platform individu wanita di tempat kesembilan, sementara seorang lagi wakil negara Pandelela Rinong Pamg di kedudukan ke-11.
Turun dalam acara berbeza kali ini, Nur Dhabitah berdepan saingan sengit penerjun China, Kanada, Australia dan Great Britain, dalam aksi pusingan awal dan peringkat separuh akhir (Sabtu) bagi memburu slot di final.
Berdasarkan atas kertas, beliau ibarat perlu mendaki Gunung Fuji pada musim sejuk dalam usaha menaiki podium di Tokyo, namun anak bongsu dari empat beradik itu sudah bersedia sepenuhnya.
"Saya telah berlatih sepanjang hidup saya untuk ini (Sukan Olimpik), sudah tentu saya tidak sabar untuk bertanding," kata bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021

Tempoh penuh cabaran yang dilalui kesan ketidaktentuan pandemik COVID-19 membakar semangat penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri untuk memulakan saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar fail/BERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.

Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.

Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w

'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.

Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.

Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.

Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).

Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.