Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10

Astro Awani
Januari 29, 2023 21:08 MYT
Kemenangan Djokovic ini sekali gus mengangkat nama beliau sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal dengan 22 kemenangan trofi utama. - Foto REUTERS
MELBOURNE: Pemain tenis handalan, Noval Djokovic sekali lagi merangkul kejuaraan Terbuka Australia buat kali ke-10.
Dalam aksi final yang berlangsung di Melbourne Park, Djokovic, 35, berjaya menundukkan lawannya Stefanos Tsitsipas 6-3 7-6 (7-4) 7-6 (7-5) untuk merangkul gelaran juara.
Kemenangan Djokovic ini sekali gus mengangkat nama beliau sebagai pemenang Grand Slam terbanyak bersama Rafael Nadal dengan 22 kemenangan trofi utama.
"Saya harus mengakui, ini merupakan kejohanan yang paling mencabar buat saya mengambil kira keadaan yang mana saya berhenti bermain tahun lepas dan kembali semula pada tahun ini.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menerima saya dan memastikan saya selesa di Melbourne.
"Ada sebab mengapa saya mengganggap Melbourne sebagai lokasi di mana saya bermain tennis terbaik di sini, sepanjang karier saya.
"...Perjalanan yang cukup panjang buat saya, hanya rakan pasukan dan keluarga sahaja yang mengetahui apa yang dilalui oleh saya untuk tempoh kebelakangan ini.
"Saya anggap ini kemenangan yang paling bermakna dalam hidup saya, mengambil kira segala cabaran. Jumpa anda tahun hadapan," kata Djokovic.
Beliau dijangka sekali lagi dinamakan sebagai pemain tenis nombor satu dunia pada Isnin ini.
#tenis #Terbuka Australia 2023 #Novak Djokovic #Juara
;