Norizam nafi hutang gaji pemain lama Kelantan FC
Astro Arena
Mac 16, 2022 10:00 MYT
Mac 16, 2022 10:00 MYT
PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman, menjelaskan sudah menyelesaikan sebarang tunggakan gaji yang dihadapi pasukan tersebut.
Susulan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Nadi Arena oleh bekas pemain, Fauzi Roslan, yang meminta gaji tertunggak sebanyak RM63,600 segera diselesaikan.
Norizam bagaimanapun menjelaskan pihaknya telah menjelaskan bahawa sebarang tunggakan gaji telah diselesaikan ketika mengambil alih pasukan Pantai Timur itu.
Menerusi Facebook, dia berkata, "Hutang ini adalah hutang warisan KAFA dan FAM juga sudah dimaklumkan tentang hutang-hutang yang bukan dalam kontrak adalah tanggungjawab pihak KAFA.
"Maka semuanya sudah diselesaikan ketika mesyuarat pada November 2021 bersama FAM dan KAFA juga sedia maklum akan hal tunggakan adalah kewajipan KAFA.
"Nama bekas pemain yang tiada dalam senarai RM6.8 juta sila rujuk KAFA.
"Dah bayar semua ka?
"Alhamdulillah, semua hutang dalam perjanjian takeover RM6.8 juta saya dah selesai. Saya dah cakap berkali-kali dengan bukti, kita dah selesai bayar.
"Selepas selesai barulah muncul macam-macam orang yang aku tak tahu, tak pernah jumpa, nak claim bayaran tunggakan.
"Kalau saya bayar ini, nanti entah siapa-siapa lagi akan minta bayaran. Ini kerja gila.
"Buat masa ini, saya berada pada fasa kedua. Bina pasukan.
"Fasa pertama bayar hutang piutang warisan KAFA, saya dah selesai.
"Jadi, jangan kacau saya!"