Norfarhan tekad rebut tempat utama skuad Harimau Malaya

Astro Awani
Februari 14, 2013 23:05 MYT
Pemain tengah Kelantan, Norfarhan Muhammad tidak kecewa walaupun hanya menggalas tugas sebagai pemain gantian ketika bersama skuad kebangsaan pada perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Qatar di Doha, 6 Febuari lalu.
Bagi Farhan, apa yang penting ialah pengendali kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sudah memberikannya kepercayaan menyarung kembali jersi Harimau Malaya.
“Saya bercita-cita tinggi untuk masuk ke dalam kesebelasan utama dan saya tengok semua yang dipanggil, bermain dengan bagus walaupun tewas,”
Kini, sasaran Norfarhan adalah untuk mengekalkan tahap terbaik bersama Kelantan, bagi memastikan tempatnya dalam skuad kebangsaan.
Kemasukan Norfarhan pada babak kedua berdepan Qatar, tampak meningkatkan sedikit jentera serangan skuad kebangsaan.
Jika aksi ampuh terus disajikan bekas pemain Terengganu ini dalam Liga Super, tidak mustahil dia akan membarisi kesebelasan utama untuk aksi kedua kelayakan bertemu Yemen bulan hadapan.
#K.Rajagobal #Kelantan #Malaysia #Norfarhan Muhammad #Qatar
;