Nombor jersi pasukan Johor tidak jelas

Astro Awani
Januari 23, 2013 14:18 MYT
Nombor jersi bagi pasukan Johor Darul Takzim semasa perlawanan menentang PKNS Selangor pada Selasa tidak jelas.
Ia berikutan warna pada nombor sekata dengan warna jersi sekaligus menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
Antara yang melahirkan rasa kecewa ialah pihak media yang membuat liputan apabila berdepan masalah mengenalpasti pemain menjaringkan gol.
Pengacara perlawanan juga mengalami masalah sama apabila gagal mengumumkan nama penjaring gol.
Sebaliknya dia hanya memberitahu pasukan yang menghasilkan gol.
Diharap, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dalam hal ini agar tidak timbul kekeliruan.
Memastikan nombor jersi untuk jelas dilihat juga antara peraturan yang ditetapkan FIFA.
#bola sepak #darul takzim #Johor #pkns selangor