SELEPAS menewaskan Papua New Guinea 2-1 dalam perlawanan persahabatan petang semalam, skuad bola sepak kebangsaan menerima seragam baru yang dilancarkan Nike di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Jersi utama (gelanggang sendiri) menampilkan warna-warna ikonik harimau - kuning, hitam - dengan keseluruhannya berwarna hitam dan satu jalur kuning, masing-masing di kedua-dua bahagian sisi, sama seperti seluar.
Jersi kedua yang lazimnya digunakan ketika beraksi di luar, mengetengahkan warna putih dengan jalur biru di bahagian tepi, di mana Nike menjelaskan ia adalah gabungan warna pertama digunakan untuk pasukan kebangsaan.
Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo, dalam laporan media berkata, jersi tersebut direka berdasarkan maklum balas daripada pemain bagi menampakkan ia lebih ringan dan tangkas.
"Perlawanan bola sepak telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu dan Nike sentiasa mendengar suara atlet.
"Daripada reka bentuk produk untuk pemasaran, kepada inovasi baru, bagi menyokong pemain-pemain dalam setiap perlawanan," katanya pada majlis pelancaran itu.
Tambah Priambodo, jersi baru itu juga dilancarkan sempena kerjasama 10 tahun Nike dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketua pakar produk Nike Malaysia, Gary Arwin, menjelaskan jersi baru berkenaan dibuat lebih anjal dan ringan, bertujuan meningkatkan prestasi si pemakai.
Beberapa pemain negara seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Matthew Davies dan Nazirul Naim Che Hashim memperagakan kedua-dua jersi itu pada majlis pelancarannya yang turut dihadiri jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
Malaysia menewaskan Papua New Guinea 2-1 di Stadium Shah Alam, petang semalam, dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2016 dengan menentang Kemboja, Ahad ini.
Harimau Malaysia dijangka akan menggunakan seragam baru berkenaan di kejohanan serantau itu.
BACA: Jersi baharu Harimau Malaysia dilancar, logo FAM buat penyokong 'bertekak'
Astro Arena
Tue Nov 15 2016
Jersi baru Harimau Malaysia yang dilancarkan hari ini - di kiri jersi utama, di kanan jersi kedua. - Foto Twitter Team Malaysia
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19
Perkara itu disampaikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika bangkit untuk menjawab soalan.
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Hak prerogatif Cheng Hoe tentukan pemilihan pemain - Dollah
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu diberi ruang sepenuhnya menggalas tanggungjawab membimbing skuad Harimau Malaya, terutama dalam aspek pemilihan pemain.
Kedudukan Cheng Hoe masih selamat
Ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.