Nicol muncul juara Terbuka Hong Kong buat kali ke-8

Bernama
Disember 2, 2012 23:32 MYT
Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mempertahan kejuaraan pada Terbuka Hong Kong lapan tahun berturut-turut selepas mengalahkan pemain Perancis Camille Serme di perlawanan akhir kejohanan itu.
Menurut laman web rasmi kejohanan itu, www.hksquashopen.com, ratu skuasy Malaysia berusia 29 itu menjinakkan Camille dengan 11-9, 11-6, 8-11 dan 11-7 pada perlawanan yang berlangsung di Piaza Pusat Kebudayaan Hong Kong di Kowloon Ahad.
Ini merupakan pertemuan pertama Nicol dan Camille pada perlawanan akhir jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA).
Camille menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy dalam perlawanan sengit lima set 11-9, 4-11, 11-7, 11-13 dan 11-6 Sabtu.
#akhir #Camille Serma #Kowloon #Nicol David #Skuasy #terbuka hong kong