Nicol mara ke separuh akhir Hong Kong Open

Bernama
Disember 7, 2013 00:44 MYT
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Hong Kong (Hong Kong Open).
Dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong semalam, beliau mengenepikan pilihan kelima Jenny Duncalf dari England 11-4, 11-3 dan 11-3 'straight set win' dalam masa 24 minit.
Beliau akan bertemu rakan Duncalf, Alison Waters yang mengalahkan pemain India, Joshana Chinappa 12-14, 11-7, 11-3 dan 11-6 hari ini.
#Alison Waters #Hong Kong Open #Jenny Duncalf #Nicol David