Nicol juarai Kejohanan Kebangsaan 2013

Astro Awani
September 2, 2013 10:21 MYT
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menepati ramalan untuk muncul juara Kejohanan Kebangsaan 2013.
Sementara saingan lelaki dijuarai oleh Ong Beng Hee.
Nicol yang berdepan pilihan kedua, Low Wee Wern nyata bukanlah tugas sukar buat Nicol.
Pemain nombor satu dunia ini meraih kemenangan mudah 11-8 dan 11-5 di dua set pertama.
Wee Wern bagaimanapun tampil mantap dengan merekodkan kemenangan 7-11 di set ketiga.
Beraksi di set keempat, Nicol kembali dengan aksi bertenaga dan mengesahkan kejuaraan dengan keputusan 11-8.
Klik video untuk berita sepenuhnya.
#Low Wee Wern #Nicol David #ong beng hee #Skuasy
;