Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menjangka suasana yang menggegarkan apabila beraksi di hadapan penonton sendiri pada Kejohanan Skuasy Dunia PSA di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil bermula Isnin.
Juara dunia itu berharap mendapat sokongan gemuruh daripada penonton tempatan untuk memberi perangsang kepadanya ketika mengintai untuk meraih gelaran kesembilan pada kejohanan berprestij itu.
"Saya akan memanfaatkan peluang beraksi di Malaysia dan saya pasti suasana akan penuh bertenaga dalam stadium," kata beliau semasa dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA): www.psaworldtour.com, hari ini.
"Sudah tentu, ia satu bonus besar (untuk merangkul gelaran di hadapan peminat sendiri] tetapi matlamat utama saya hanya untuk menikmati detik beraksi di Malaysia dan pada masa yang sama memburu cabaran," kata juara dunia lapan kali itu.
Nicol yang mengalami turun naik musim ini termasuk terlepas ranking teratas dalam carta dunia kepada pemain England, Laura Massaro Januari tahun ini berkata pengalaman banyak membantunya untuk melangkah ke tahap seterusnya dalam perlawanan.
Nicol akan memulakan cabaran bagi mempertahankan gelaran menentang pemain Australia, Rachael Grinham dalam perlawanan pembukaan pada Selasa.
Untuk rekod, Nicol telah menjuarai kejohanan dunia sebanyak lapan kali - 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.
Bernama
Fri Apr 22 2016
Nicol telah menjuarai kejohanan dunia sebanyak lapan kali - 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014. - Gambar fail
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Skuasy Individu Asia: Nafiizwan intai penamat gemilang
Pemain skuasy senior negara, Nafiizwan Adnan, memberi bayangan bahawa Kejohanan Skuasy Individu Asia 2019 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini sebagai penampilan kompetitif terakhirnya dala
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memerah keringatnya sebelum mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Hong Kong yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini.
Nicol juarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan buat kali keempat
Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol David mempamerkan permainan yang hebat untuk merangkul kejuaraan keempatnya dalam Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-33 yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta.