Nicol gagal atasi pemain Mesir pada terbuka Amerika Syarikat

Bernama
Oktober 13, 2016 04:25 MYT
Datuk Nicol David kalah 11-8, 8-11, 10-12 dan 9-11 setelah berhempas pulas hampir satu jam. - Gambar fail
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kalah kepada Raneem El Welily dari Mesir pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2016 di Philadelphia pada Rabu.
Pemain nombor tiga dunia itu kalah 11-8, 8-11, 10-12 dan 9-11 setelah berhempas pulas hampir satu jam.
Menurut laman web kejohanan www.usopensquash.com, El Welily akan bertemu rakan senegara Nour El Sherbini di separuh akhir yang mengalahkan pemain England, Alison Waters 11-7, 11-2 dan 11-6 dalam masa 26 minit. -- BERNAMA
#Nicol David #Philadelphia #Raneem El Welily #Skuasy