Nicol David hilang gelaran no.1

Astro Arena
September 1, 2015 21:19 MYT
Ranking terbaru itu sekaligus mengakhiri penguasaan atlet kelahiran Pulau Pinang itu selepas sembilan tahun menguasai.
Ranking ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tergelincir ke tangga kedua dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Skuasy Dunia hari ini.
Nicol yang mengumpul 2,853.125 mata terpaksa melepaskan status selaku pemain wanita nombor satu dunia kepada pemain Mesir, Raneem El Welily yang mengumpul 2,978.75.
Ranking terbaru itu sekaligus mengakhiri penguasaan atlet kelahiran Pulau Pinang itu selepas sembilan tahun menguasai.
Nicol yang memenangi gelaran Cleveland Classic pada Februari lalu, berpeluang merampas semula kedudukan ranking andai memenangi Terbuka China yang sedang berlangsung di Shanghai.
Pemain nombor dua negara Low Wee Wern kekal di kedudukan ke-9 sementara Delia Arnold melompat lima anak tangga untuk menempatkan dirinya di kedudukan ke-12 dunia.
#Cleveland Classic #Nicol David #Skuasy
;