Nicol bertemu Nour El Tayeb di final Terbuka Hong Kong
Bernama
Ogos 30, 2014 22:05 MYT
Ogos 30, 2014 22:05 MYT
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hampir merangkul kejohanan Terbuka Hong Kong buat kali kesembilan apabila layak ke akhir kejohanan di gelanggang kaca Pusat Skuasy Hong Kong di sini hari ini.
Pilihan utama kejohanan ini mengambil masa 25 minit untuk mengatasi Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-8, 11-4 dan 11-2 di separuh ahir, demikian menurut laman web kejohanan www.hksquashopen.com.
Nicol menang Terbuka Hong Kong pada 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Beliau akan bertemu Nour El Tayeb dari Mesir esok yang mengalahkan pemain nombor dua dunia Laura Massaro dari England 11-9,10-12,11-2,12-10 dalam masa 47 minit.