Nico Rosberg catat masa terpantas di GP Bahrain
Agensi
April 21, 2013 13:45 MYT
April 21, 2013 13:45 MYT
Nico Rosberg mencatat masa terpantas pada sesi kelayakkan GP Bahrain dan pelumba Mercedes AMG itu mengatasi tentangan hebat juara dunia, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso.
Saingan di litar antarabangsa Bahrain di akhir ini menyaksikan Rosberg merekodkan 1:32.330 saat.
Ia merupakan petak hadapan kedua dalam karier buat pelumba kelahiran Jerman itu.
Rakan senegara Rosberg, Vettel pula terpaksa berpuas hati dengan catatan kedua terpantas.
Menduduki tempat ketiga adalah juara GP China minggu lalu dari pasukan Ferrari, Alonso yang mencatat masa 1:32.667 saat.
Rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton pula merekodkan masa keempat terpantas namun dia diberi penalti lima kedudukan akibat menukar kotak gear dan akan memulakan perlumbaan di petak kesembilan.
Melengkapkan lima kedudukan teratas adalah Felipe Massa dan Paul di Resta yang mewakili Force India.