Nick Watney muncul juara CIMB Classic 2012

Bernama
Oktober 28, 2012 16:55 MYT
Pemain golf Amerika Syarikat Nick Watney muncul sebaga juara dalam kejohanan golf CIMB Classic 2012 yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club di Seri Kembangan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau mengumpul 22 pukulan di bawah par 262 untuk mengatasi juara bertahan dan rakan senegara, Bo Van Pelt dan Robert Garrigus dengan perbezaan satu pukulan.
Sementara pemain nombor dua dunia, Tiger Woods berkongsi kedudukan keempat dengan Brendon de Jonge dari Zimbabwe dengan mengumpul 19 pukulan di bawah par 265.
#CIMB Classic 2012 #golf #Nick Watney #Seri Kembangan #The Mines Resort #Tiger Woods #USA