Ngauman Tiger Woods di US Masters 2013

Razak Chik
April 10, 2013 23:00 MYT
PEMAIN golf PGA nombor satu Amerika Syarikat Tiger Woods bakal meneruskan pemburuan gelaran utama ke 15 bagi dirinya apabila bersaingan dalam edisi terbaru Kejuaraan US Master 2013.
Beliau merupakan pilihan utama dalam senarai 42 pemain ternama dunia yang bertumpu di Augusta National, Georgia pada 11-14 April ini, kesemua mereka mengidamkan sepasang Jaket Hijau (Green Jacket) yang merupakan simbol tradisi kemenangan kejuaraan ini.
Woods mencari Jaket Hijaunya yang ke-5 selepas memenanginya pada tahun 1997, 2001, 2002 dan 2005.
Beliau memulakan saingan kali ini dalam keadaan selesa setelah kembali dinobat pemain nombor satu sejurus memenangi kejohanan Arnold Palmer Invitational pada penghujung Mac.
Pesaingnya yang terdekat, Rory McIlroy dari Ireland Utara dijangka akan menjadi pencabar utama Woods.
Pada Kejuaraan Master kali ini, pemain Amator dari Cina, Guan Tianlang yang baru berumur 14 tahun akan turut bertarung bersama 41 orang pemain lain.
#Tiger Woods #US Masters