Neymar selesai jalani pembedahan
Astro Arena
Mac 3, 2018 07:52 MYT
Mac 3, 2018 07:52 MYT
PARIS Saint-Germain (PSG) telah mengesahkan Neymar telah selesai menjalani latihan kecederaan kaki yang dialami dan perlu direhatkan sekurang-kurangnya enam minggu.
Penyerang kebangsaan Brazil itu kembali ke tanah air untuk menjalani pembedahan, dan berkemungkinan terpaksa direhatkan hingga penamat musim ini manakala penampilannya dalam Piala Dunia, masih lagi menjadi tanda tanya.
PSG sebelum ini tidak memberikan sebarang jangka masa pemulihan Neymar, tetapi sekurang-kurangnya enam minggu sebelum dia kembali menjalani latihan.
Jika Neymar pulih dengan segera, dia berkemungkinan akan beraksi dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), yang dijadualkan bermula pada 24 April.
"Pembedahan yang dikendalikan oleh Dr Rodrigo Lasmar berjalan dengan sempurna," kata kelab.
"Proses rehabilitasi bermula dalam kadar segera dengan pemantauan ahli fisioterapi pasukan.
"Laporan akan dibuat dalam tempoh enam minggu untuk mengenal pasti tarikh Neymar akan kembali berlatih."
#bola sepak
#Brazil
#cedera
#fisioterapi
#kaki
#Liga Juara-Juara
#Neymar
#Paris Saint-Germain
#Pembedahan
#Piala Dunia
#PSG
#rehabilitasi
#rehat
#UCL